menanti saat2 mendebarkan..

salam all..

Memandangkan sekarang bulan feb 2010, menandakan usia kandunganku yang ke-2 ni dah nak sampai masernyer untuk melahirkan.. aku dapat raserkan perasaan berdebar2 membelenggui fikiranku biarpun ini adalah kandunganku yang ke-2.
Sesungguhnya, aku tidak sabar untuk menantikan kelahiran ini kerana pelbagai dugaan dan cabaran terpaksa aku hadapi sepanjang kehamilan keduaku ini.. Antara yang tak dapat aku lupakan, aku terjatuh masa usia kandunganku baru 4minggu tambah2 lagi aku tidak mengetahui bahawa aku sebenarnya berbandan dua..
Tak cukup dengan itu, aku terkena wabak H1N1 ketika usia kandunganku 16minggu.. aku kena tahan kat Hospital Ampang selama 4hari. Mujurla keadaan aku semakin stabil dan tak membimbangkan.. Entah dari mana aku mendapat jangkitan H1N1. Walaubagaimana pun, terima Kasih kepada Doktor2 yang menjagaku especially Dr Jameela n Dr Chang (my Head of department) serta tak lupa juga untuk SN wad 7C.... Thanks....
Emm.. Dugaanku tidak berakhir di situ, aku mengalami 'morning n evening sickness' yang teruk berbanding dulu.. kesian my hubby... Sorry Dear..
Masa kandunganku memasuki 28weeks, aku sekali lagi ditahan di Hospital Ampang tapi kali ni Wad 6B kerana Low Plancenta... aku memerap kat sana selama 7 hari.. Tuhan saja tau perasaanku selama itu.. terpaksa berjauhan dengan suami serta my lovely daughter... alahai tiap masa arysha kol.. membuatkan hatiku saya..
Namun, sejak dari itu, doktor yang merawat aku menasihatkan serta memberi MC sehingga aku selamat bersalin. Bayangkan selama 3 bulan aku terpaksa memerap kat rumah.. tak di benarkan untuk pergi ke mana-mana biarpon untuk bekerja..
Tapi kisahku kuar-masuk hospital tak berakhir di situ, masa kandunganku berusia 32week, aku sekali lagi ditahan di Hospital Ampang kerana menurut doktor babyku terlalu kecil berbanding anak pertama.Aku di rujuk ke HKL kerana di syaki IUGR. Dan Doktor2 di sana suggest aku membuat amniosentisis(xtau ejaan yang betul) namun memikirkan usia kandungan ku dah besar aku dan suami bersepakat untuk tidak melakukannya demi keselamatan dan kebaikan aku serta baby ku yang tersayang.. Insya Allah kami dapat menerima segalanya.. Doa2kanlah kesihatan aku....
Sejak dari itu aku terpaksa berehat di rumah serta menjalani check up seminggu sekali. Aku tak kisah asalkan babyku selamat.

Comments

Popular Posts