menu berbukak

semalam saya teringin sangat2 nak berbukak poser ala2 western.
ntahla kenapa... mula2 tuh sy bertekad nak buat Pizza.
namun apakan daya, kemalasan menguasai.
maka, sy hanya sempat buat Spagethi Carbonara sahaja.
Sedap.Berselera saya dan anak2 makan..
en somi & adik saya makan nasi kerabu yang saya beli di Ampang.
(^_^)

RESEPI SPAGETHI CARBONARA

1 tin Sos Prego Carbonara
3 ulas bwg putih - ketuk2 shj
olive oil
isi ayam
udang
cendawan butang
1/2 cawan fresh milk
black pepper
pashley flakes

Cara-cara

Tumis bawang putih dengan olive oil. Biarkan wangi + isi ayam ---- tunggu ayam masak
+ udang + cendawan -- kacau seketika
+sos Prego Carbonara + Fresh Milk.
lastly letak Black Pepper.

siap.
taburkan Parshley Flakes semasa dihidangkan.



Dessert : Ketupat Sotong


Resepi Ketupat Sotong

Sotong
Santan
Beras Pulut - di rendam dahulu
Daun Pandan
Manisan
Secubit Garam
Lidi

Cara-caranya

1. cuci sotong bersih2. toskan
2.Isikan Beras pulut 1/2 dr sotong. Then cucuk dengan lidi di atas sotong.
3.Masukkan dalam periuk sotong+santan+secubit garam+manisan+daun pandan
4. Masak di atas dapur dengan api perlahan selama 25-30minit
sedia dihidang seperti biasa.


Selamat mencuba

Comments

Post a Comment

Popular Posts