Makaroni Bakar

Minggu lepas adalah minggu sy try pelbagai masakan yang x pernah saya masak. antara yang sy try adalah Makaroni Bakar. Hari isnin tu sy terasa nak makan dan buat sendiri makaroni bakar. Actaully sy xpenah buat, namun ari tu sy berusaha mencari resepi kat tenet. pelbagai resepi yg sy dpt. namun nak try 1persatu takut plak. alih2 sy buat resepi sendiri. So, lunch time ari tu sy kuar ke care4 Ampang utk beli brg2 keperluan.

tak sabar nak balik rumah, then terus masak. heheheh....

okey ye adik-adik, kakak-kakak...
ari ni sy bermurah hati + rajin nak share resepi ciptaan yg sy olah dr resepi-respi yang ader di internet.


MAKARONI BAKAR

bahan-bahan:-

300gm Makaroni - direbus dgn sedikit minyak dan toskan
500gm @ 1 buku daging/ayam cincang
1 tin sos spegheti (sy guner brand kimball)
cendawan dlm tin
carrot
1 tin susu cair
4 biji telur
Bawang Putih & Bawang Merah - di cincang halus
butter - utk menumis
Mozzarella Cheese ( sy gune yg slice2)

 Cara-cara;-
1. Tumis bawang merah + bawang putih dengan butter sehingga naik bau. 



2. Masukkan daging cincang. biarkan sehingga masak.


3 . Apabila daging dah masak, masukkan sos spegheti . Gaul rata.
4. Masukkan Carrot dan cendawan.
Biarkan seketika.
5. Masukkan susu cair. Gaul rata. Padamkan api.
6. Pecahkan telur satu-persatu. gaul mesra.
7. boleh la transfer dari kuali ke dalam loyang utk dibakar.
lastly, susun mozzarella cheese ikut suka hati.

bakar sehingga masak lebih kurang 40minit api atas -bawah 180' 



yummy.... dah masakkk....

memang besh.. tryla.. rugi x try.
kawan2 sy sumer dah try. 

Comments

Popular Posts