Monday, November 21, 2011

Resepi Kek Karamel


Tak Sangka! Tak Percaya! Akhirnya angan-angan sy utk buat kek karamel ini menjadi realiti. Jikalaulah Arwah Ma sy masih ader, sure dier berbangga dengan saya( ye ke?) hehehe... sbb sy telah mewarisi sifat2 Arwah yang pandai membuat pelbagai jenis kek. Mungkin kek ini ader zaman dahulu, sure Arwah pandai. hehehe... Cuma sy terkilan sbb x sempat berlajar Kek Chiffon Oren dan Pandan Arwah yang sangat expert.

Since sy post gambar kek karamel ni di FB sy, ramai yang bertanya resepi. Actually resepi ni sy amek dari internet jugak. kalau x silap sy di Myresepi. cumer biasalah, sy suker eksperimen dan bandingkan resepi2 yang ader.

So, kepada sesiapa yang nak try buat kek karamel ni. Sila2kanlah.
Percayalah, jika 1st time buat trus menjadi kiter akan senyum sendiri... hehehe
tp klu sebaliknya, try again.. hehehehehehe 

RESEPI KEK KARAMEL
  
bahan A 
2 sudu gula utk dibuat gula hangus di dalam loyang yang akan digunakan. 
biarkan seketika atau sehingga gula hangus itu jd keras. 

bahan B 
1/2 tin susu cair 
70 grm gula castor 
1 sudu esen vanila 
3 bji kuning telur
Kacau susu dan gula hingga gula larut.
~ Kacau telur dan esen perlahan.
~ Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
~ Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
Ketepikan.


bahan C 
3 bj kuning telur 
70 gram gula castor 
135 ml air 
45ml minyak msk 
140 gram tepung gandum 
1 sudu baking powder
~ Pukul telur kuning + minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
~ Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda 
~ Masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
~ Masukan  sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.

Ketepikan.

bahan D 
6 bj putih telur
70gram gula castor
1 sudu cream tartar
Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
Pukul putih telur hingga berbuih
Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi.
Gaul rata secara kaup balik

Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.
 ~ bahagikan kepada 2 bahagian colourkan ikot suka... tuang karamel dlm loyang pehtu lapiskan adunan kek tadi keatas karamel..jgn risau adunan x akan bercampur ngan karamel kerana adunan ini ringan.
bakar secara double boiling atau steam bath..160c selama 40 minit.
selamat mencuba.

finally ... 

so yummy!!


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Happiness

My Happiness
Papa + Mama + Arysha + Mayra