Trip to Vietnam

Hye korang. 

Lamer x update. Bz yg terlampau. Last week kami ke Vietnam. Actually more to business trip. Anak2 pun xbawa. Berat rs hati nak tinggal bebudak 2 orang tu. Tetapi memikirkan keadaan di sana dan tambahan pula tujuan kami ke sana terpaksalah membuat pilihan yang terbaik untuk mereka. Nasib baik kerana secara kebetulan abang aku nak datang KL atas urusan kerja. Dan dia juga sanggup mengambil cuti untuk jaga budak2 ni even sampai selasa je. Syukur.

Kami ke sana pada 22/06/13 ari ahad. Kul 11 pg dah gerak ke KLIA. Nasib baik kami naik MAS. Segala urusan tiket/hotel/makan minun di tanggung dalam pakej yang kami amek. So far segala perkhidmatan yang di sediakan oleh Kak Hawa terbaik. Dari segi pemilihan kedai dan segalanya. Sape2 nak g Vietnam boleh contact die. Mmg aku suggestkan sgt2.

Mula2 sampai je dah rindu2 budak2 nie. Almaklum lah kami x pernah berenggang langsung dengan mereka. Sampai2 je rehat2 kat hotel. Nasib kami baik sebab dok hotel yang sangat2 dekat dengan Pasar Ben Thant iaitu hotel Blessing 1. Wifi pom sgt2 laju. Semuanya baguslah. Dah sampai2 sane je dah teruja untuk memborong.. hehe. Tp memandangkan lama lg dok sana. So malam tu juz round2 je pasar malam. Bagi aku harga kat situ agak mahal sebab mungkin peniaga tau orang Mesia datang ramai. Hehe. Yang teruja kat sana adalah buah2an agak besar. Aku suka sangat2 makan buah Mangga. MANIS2 Masam. 

Apa yang korang perlu tau jika ke sana ialah :-

1.  Kopi Ais dieorg terbaikkkk... tetapi agak manis sket. So pandai2 la korang tambah air kosong. Hehe... aku sampai 3-4 gelas sehari minum. Sangat2 best. Jika ke sana lagi mungkin sebab aku nak minum Kopi Ais tu. Starbuck pun kalah hokehh.... hihi

2.  Makanan Halal sangat2 mahal. Even makan nasi putih + ayam goreng/ikan goreng dan sikit sayur. Dah mencecah RM12.00.. Kalau harga tu kat Malaysia pasti dah kena hentam.. hehehe

3.  Motor sebagai pengangkutan yang utama. Korang akan terkesima sekejap jika sampai kat sana. Aku tgk pun pening. Dengan motor yang x berhenti2 dan  serta hon yang membingit telinga. If korang nak melintas jalan. Sila jangan tunggu motor2 xda. Sbb takkan ade time gitu. Redah je. Jangan bimbang korang takkan di langgar. Percayalah.

4.  Yang buat aku terasa kesian sangat2 adalah tengok keadaan rakyat di sana. Terasa naif sangat. Sekecil2 budak pun dah berniaga. Kesian. Tapi nak layan die orang kan ramai plak yang datang menjual.

5.  Lain2 cam biasalah. Jaga elok2 barang personal. Kot2 kena ragut. Sentiasa lah berjaga2.. yerlah. Kan dok syok2 membeli belah. X sedar barang2 dah xda.

Malas dan nak menulis... hehehe. Nak cont buat keje.. totally seronok ke sana. Memang akan pergi lagi. Cuma aku nak pesan jika ke sana memang tidak di galakkan untuk bawa kanak-kanak. Tak sesuai. So korang layanlah gambar2 ehh

Comments

Popular Posts