Caramel Crunchy by Baked By Pza


actually ni projek d&y aku last week...
saje je try-try buat Biskut ni. Sebelum ni selalu beli je yang dah siap. Kalau tak silap RM25/250g. berbalang2 aku beli sebab semua suka makan. Time raya ari tu siap beli sekotak sebab nak bawa balik kampung. Caramel Crunchy ni kalai dah makan biasanya sekali ngap je. Tak sedar dah habis sebotol. hehe.
So, alang2 ke kedai Bakeri ari tu belilah bahan2 nak buat nie. Senang je cara buatnya, tak payah nak uli. Just campur semua bahan dan terus bakar. Harga bahan-bahannya mahal la jugak. tetapi bila dah siap memang akan rasa berbaloi sangat2 sebabnya sedap yang teramat..

Jom intai resepinya.

Caramel Crunchy
Bahan-bahannya :-
200gm Tepung Florentine
200gm Almod Slice
100gm Green Pumpkin Seed
50gm Kuaci
20gm Black Sesame Seed

Cara-cara2nya :-
1. Gaul kesemua bahan (Semua nuts tu kena bakar dulu 5min dalam microwave, utk memastikan keranggupan)
2. Tuang ke atas loyang 10*14 yang telah di alas dengan baking paper.
3. Bakar 10-20min dalam microwave 160'
4. Siap, dan pastikan di simpan dalam bekas yang kedap udara
SELAMAT MENCUBA!!


TETAPI!!!

Kepada sesiapa yang malas nak buat, boleh je trus order dengan aku ni..
RM20/20gm.. COD kat area : Seri Kembangan/Putrajaya/ Serdang/PETRONAS Bukit Jalil/Cyberjaya
kalau nak pos pom boleh RM5 je caj!!!
KERANGUPAN DI JAMIN!! hehe...

love u!
pza



Caramel Crunchy by Baked by Pza








bahan2-nya

Comments

Popular Posts