Happy!

Gara2 status aku ni, inbox dan Wassap bertubi2 masuk. Ramai yang tak percaya sebenarnya. Ramai yang mengganggap aku amek produk perlangsingan. Sebenarnya TIDAK ok. Aku hanya mengamalkan atkins diet je. Kalau hari ni dah masuk 133hari aku  hidup without carbo n sugar. Kadangkala ada jugak terrr-cheat. Macam makan kek sket ke. Terrrminum air kopi sket. :p

Macam aku pernah cakap sebelum ni, kita kena make sure karbo yang kita ambil seharian tu tidak boleh melebih 20gm seharian (1st phase). Kalau nak ikutkan aku, aku still dalam 1st phase. X berganjak2 lagi. Kalau orang lain induction hanya 2weeks, tapi aku nak dapatkan berat ideal aku dulu sebelum memasukki fasa ke2, ke3 dan seterusnya ke4.Doakan aku ya!

Sebenarnya, aku sendiri tak sangka yang aku boleh buat seperti ini. almaklumla tiap2 hari for sure aku akan makan nasi. Sampai2 je kat ofis terus cari breakfast iaitu nasi kerabu + Neskafee Ais! Phewww best gile... lunch je aku skip masa tu sebab blk kerja aku akan makan nasik lagi! 

Mujur semua tu aku dapat atasi. Kalau sebelum ni aku selalu minum Neskafe 2kali sehari,  punya addicted.  Alhamdulillah aku dah kembali ke kehidupan sihat.

Tujuan nak kurus pun sebab aku perasan semua baju macam sarung nangka je! Plak tu ramai jugak yang tegur... 

Semoga berat ideal aku tercapai dalam masa terdekat ni. Tak sabar nak g shopping blouse2 dan baju baru. Skrang pun pakai je yang lama walaupun dah 'gelebos'.. kikiki



Comments

Popular Posts