Sup Ketam

Kepada semua, be careful.

Sekarang tengah musim Demam Denggi.
Anak buah dan abang ipar aku pun kena. Itu yang aku masakkan Sup Ketam. Kebetulan en suami pergi beli ketam Kat Pasar Borong Selangor, bernasib baik sebab jumpa Ketam Nipah yang sememangnya mujarab untuk mengubati Demam Denggi.

SUP KETAM NIPAH:-

Bahan2nya :-
Ketam - di potong 2 (senang-senang suh orang kedai buat sesiap) cuci bersih2
bawang merah - di kisar
bawang putih- di kisar
halia- dikisar
asam keping
garam/perasa
air secukupnya
daun sup/bawang
bawang goreng

Cara-caranya :-
1. Tumis bahan kisar hingga garing(kekuningan) 
2. Masukkan ketam dan tambah air mengikut kesesuaian, biarkan sampai mengeleggak, letakkan asam keping dan tambah garam dan perasa secukupnya.
3. Siap, boleh ditabur kan daun bawang dan bawang goreng. sedia untuk di makan.


Comments

Popular Posts