Bandung.. Kami datang lagik ~~ Part 2

As salam korang...

okey, jom kita sambung hari ke2 di Bandung

Masing-masing bangun awal sebab kat sana Subuh jam 4pagi. so, semua dah tak tidur. dok menunggu jam 7pg sebab masing-masing tak sabar nak pergi breakfast then nak kuar jenjalan.
pagi-pagi tu semua makan penuhkan perut sebab malas nak fikir nak lunch tghr tu...

meh korang layan je gambar2 kami ehh..

Us ~~ semas tunggu Pak Supir


Tempat pertama kami pergi ialah

PASAR BARU!!

wowww.. surga kain sini.. semua dah teruja..
nasib kami baik sebab datang awal pagi, so dapatlah harga 'pecah telur'
kat sini bestnya, dapat Wifi free... so nak ber-wassap senang sket...
Makan-minum pun free...
aku tak beli pun lace, just beli pesanan adik & kawan2 je.
tak minat sebenarnya...
Tapi dah sampai Malaysia, cam rugi plak tak beli..
acaner tuuu??

So, sayangg... jom g lagik!! nanti ai booking tiket ehhh :p


then lepas semua settle kami ke Rumah Mode.
sini pun aku shopping utk anak-anak buah je...
Oleh kerana ari tu Ahad, maka penuh sesak manusia kat situ! nak bayar pun jenuh beratur..
next time taknak dah datang hari Ahad.

Lepas je ke Rumah Mode, kami singgah Toko Tiga
tempat jual jeans. ermm.. bagi pendapat akulah, tak berapa best kat sini.
kalau yang original lagik mahal dari Malaysia.
alih-alih kami tak beli apa-apa pun.

So, ajak Ache ke Toko Anak kecil
ermmm.. kat situ kami berhabis beli pakaian untuk anak2.
so hasilnya, jeans utntuk Arysha & Mayra 6 helai sorang. settle jeans raya...

Ajaibnya ari ni memang tak rasa lapar.. hahaha
sebab angin nak shopping melebihi segala-galanya..
so. pukul 7 malam kami dah gerak ke Kampung Daun. Tujuan utama ke sana adalah nak makan Ikan Gurame. sekali sampai2 sana dah abes........ huwaaaaa... sah kena datang lagik sekali.
dah la best dok situ.
In Sha Allah, next time kita plan betul2 yer shayang-shayang...

So korang layan je gambar-gambar yang bertaburan. Tak reti nak susun betul-betul.
hehehehe...


lots of Luv,
fiza
kat Pasar Baru
sempat lagik bergambar sementara tunggu makcik-makcik memilih!


Tempat Wajib bergambar kalau dah sampai Rumah Mode

masa ni semua dah kenyang... after dinner
ni masa breakfast, nasib baik ada monopod!
Best!! Pisang Rebus



tak ingat nama apa, tapi ni Alang punya

nasib baik breakfast oklah.
ni masa kali kedua ke kedai ni, Uda-lah nak repeat!

cantik2 je lace.. cume rasa nak kawen je kalau pakai 



paksa rela si dia! haha

Add caption







Yeayyy.. suka sangat-sangat gambar ni, sebab aku nampak kurusss... hehehe
breakfast
peacee
wowwww... at Toko Tiga, korang jgn salah sangka.. ni patung je!!
1st time makan gado2, bestttttt.. errr, mana nak carik?


my Shayang-shayang.. Atih & Alang
Aku punya! without nasik hokayyy
Papa punya, Nasi Sup Bontot

Hasil Hari ke 2

Comments

Popular Posts