Bandung, kami datang!!! ~Part 1~


Lama jugak blog aku bersawang! Sebenarnya aku dah malas nak update,
tapi excited jugak nak update sebab banyak gambar2.

Tadaa.. Short Trip ke Bandung bersama Makcik2 & my husband!
Trip kali ni anak2 semua di tinggalkan. Aku as usual, anak tinggal kat pengasuh yang dah di anggap cam keluarga sendiri. Nasib baik. Dahlah flight 6.50pg, thats mean pukul 4pg dah kena bergerak ke LCCT. So, pukul 11malam dah sesiap hantar bebudak ke umah Makcik Bedah, plan-nya nak htr esok pagi masa kami nak kuar g airport, tetapi makcikbedah risau kot2 budak2 ni menangis or anything itu yang hantar awal2 lagi. Sebelum berlepas, kami semua breakfast kat Mc Donalds, sebab masing-masing nak isi perut untuk senang caj energy!

masing-masing dah excited nak shopping ni... hehehe
selfie b4 bertolak
Sampai2 je kat Bandung Airport jam 8.10pagi. Masing-masing sebenarnya dah tak sabar nak shopping.
Oh yer, kali ni aku decide ambil Supir dari Hayukka iaitu : Pak Ache. So far, dari review dan survey ianya hanya 390k sehari. bawak avanza. Kang siapa-siapa nak ke Bandung bolehlah guna khidmat dia. Alhamdulillah, semua orang puas hati dengan perkhidmatan dan tunjuk ajar dari Ache. (sapa-sapa nak pone number Ache emel aku eh)

okey, back to da story. tempat pertama kami tujui ialah Rumah Kain. ala-ala2 kilang kain lah. Memang banyak-banyak-banyak pilihan kain sulam. Tunggu pilih jem cuma silap kami hari tu ialah hari sabtu, ramai gile manusia. Tambahan panas. Kenapalah tak letak kipas or aircond. Best sket nak pilih2. So, kat sini memanglah murah compared Pasar Baru, cuma korang perlu memilih antara timbunan kain. Kalau rajin bolehlah, aku hari tu malas yang teramat. Mungkin orang ramai, plak tu panas. So, pilih2 dapatlah 18 pasang kain sulam & 1 kemeja batik. Lepas je buat bayaran, tetiba ada 1 guy ni datang untuk menawarkan servis jahitan baju within 1 days. timbang-tara upahnya hanya 175k lebih kurang RM52 sepasang, aku dan makcik2 decide nak upah. So nanti dieorang akan hantar terus ke Hotel.

Lepas je settle membeli kain sulam, secara tetiba perut kami berbnuyi, so tanya Ache mane kedai makanan padang. Saja je nak try. Memang kagum sangat-sangat masa dieorang hantar makanan. Bersusun lauk-pauk, kelabu mata sekejap yang mana satu nak makan. Kat sini hanya yang kita usik/makan je di kira. SO, kalau korang taknak makan just jangan usik, even cuit2 je.So, melantakla kami semua sampai kenyang sebab lepas ni nak terus ke FO. 

masing2 muka lapar


kami semua. inchik suami dah tak menyempat2 nak makan. hihi.. lapar ehh?
Lepas je makan-makan sampai kenyang, laju je ajak Ache g hantar kami check-in dulu,. Oh yer, kami menginap kat Favehotel Premier Cihampelas. last minute punya booking. Alhamdulillah hotel pun best. even 3* tapi best je. breakfast pun ok je.
Lepas je check in terus bersiap-siap ke FO Jalan Dago.
kat sinilah masing-masing dah lupa diri..
hehehe
layan je lah gambar-gambar kiterorang nie...






masing-masing gumbira nampak!



Robotcop!


Settle semua kat FO dalam pukul 7malam rasanya, oh ye.. kat sana pukul 6petang dah macam pukul 8 malam kat Malaysia. kiranya waktu malam lagi panjang lah. Kami terus ke Stone Cafe.
Best makan kat sini. Suasana pun cantik je. Memang kalau pergi lagi akan ke sini lagi.

Add caption
us!
Jus Avacado


Pisang Cheese

Ayam Bakar Bumbu Bali - its mine!



oklah,
nanti sambung Part 2 plak ekk..

babaiiii

Comments

Popular Posts