SALAM AIDILFITRI


Salam Aidilfitri semua.

Lawak kan, dah raya ke 15 baru nak update blog. Syawal pun dah nak habis dah. Gasak je lah. 

Raya kali ni biasa2 je, baju raya memang dah awal2 tempah. kebetulan bulan April ari tu ada pergi Bandung, kami beli sesiap kain n lace maka tinggal nak jahit je. Kurta en suami pun beli kat Pasar Baru, kalau tak silap RM50 sepasang. ok sangat2-sangatkan. kebetulan match plak dengan baju kiter orang. so settle!!

Kami balik raya pun dah malam raya, kalau tak silap aku bertolak jam 9malam gitu.. dah dengar takbir raya dah sebelum tuu.. hahaha.. nangis makk!! sayu.

Hari raya pertama kali ni beraya kat umah abah aku. ala kadar je. Seperti biasa selepas sembahyang raya, balik2 umah sessi bermaaf-maafan. Mula2 mestilah kena salam en suami. Mintak maaf semua skali plus dapat duit raya. Alhamdulillah rezeki. Dengan Abah sekali bagi duit raya kat aku. eh.. terbalik. :p



Lepas sessi bergambar dan bermaafan, kami bergerak ke umah Tok Ayah & Tok Mek.
As usual, acara makan-makan, bagi duit raya, collect duit raya of course.



moksu & atih

dengan Tok Mek

Senyum ye Pak Uda!!

Semoga Tok Ayah di beri kesihatan yang baik. amin..


Selepas beraya ke rumah Tok Ayah, kami adik-beradik ke Pusara arwah Ma.





Comments

Popular Posts