Short Vacay!


Hai korang semua...

Bestkan cuti panjang yer... Aku lagik best sebab memang apply cuti pada 15 September tu. Sebenarnya kami bercadang nak balik kampung, tapi last minute tak jadi. So lepak je lah. 

Ni cerita hari Isnin tu, bangun pagi2 sebab nak pergi Tabung Haji yang kat Bangi tu. Sampai2 pukul 10.30 gitu, orang ramai giler, nak blah je sebenarnya. Tapi malas nak g lain kali, so tunggu je lah! Setel urusan kat Tabung Haji tu, cepat2 cari kedai makan.. maklumlah last sekali makan petang ahad tu. haruslah kelaparan. hahaha


adik&kakak 
Then, en husband ajak makan kat Nilai. Watie Corner kalau tak silap. oklah! Sedap, masakan Negeri 9, Kami makan Masak Lemak Cili Api, Sambal Udang Petai, Ayam Masak Kicap, Ulam-ulaman & Telur Dadar, Air 4, Nasi 2. Total RM32! Murah sangat2!!!

best!!!
Kerabu Kacang Botol yang superb!!
Dah kenyang-kenyang, terasa nak minum Air Coconut Shake kat Klebang, boley? haha, dengan sehelai sepinggan, susu anak pun tak dak spare. hihihi. ala-ala2 runway gateway plak eh!! dalam dok cari mana Klebang tu, tetibe tgk orang jual Goreng Pisang Cheese. pheww, tgk orang ramai gile dok tunggu turn! apa lagi benti skejap. Beli sampai 2 bungkus, alih2 sebungkus je habis. satu lagi tak usik pun. oklah rasa dia, not bad, cuma takleh lawan kat Bandung kot. :p


Finally, jumpa jugak! walaupun Waze dah bawak kami ke mana-mana ntah! takleh caya sangat. haru! guna google maps baru ok betul.
Sampai2 terkejut gile, sebab que untuk bungkus panjang giler..  nasib baik untuk makan kat situ tak panjang que eventho orang ramai giler.

semua boolat!! bestnyaa coconut shake, tingat2 tu


tengah dok menghayati coconut shake, tetiba en suami bagi cadangan nak g JPO, ntah apa dia nak cari pun tak tau, memang terkejut beruk la aku ni. ada plak dia cadang nak sewa je hotel area Klebang tu. hish cam x masuk akal je, akhirnya plan kami untuk bermalam kat umah Uda di Johor Bharu. Dengan tak bawak apa-apa, berjaya jugak kami bermalam kat Johor. 
So sampai2 Johor, kami singgah kedai beli baju tido & keperluan lain. hihihihi.
So, apa lagi.. malam tu sempat g makan Mee Rebus kat ZZ Restoran. 
yums! sedap!


Sila abaikan pakaian sama kami eh! haha, malam tu sampai2 je rumah Uda aku terus masuk mesin basuh n basuh. laju2 jemur sebab nak suruh cepat kering.

Kat JPO,

Pagi tu laju-laju bersiap nak ke JPO!
yeayy... emmm, dapat perfume seketul pun ok!
**verangan!
panas2 pun nak lepak jugak

Dah puas meronda kat JPO, maka kami bertolak balik ke KL. Penat gila rasa, tp sebelum sampai KL kami singgah kat Melaka kat gerai di Ujung Pasir sebab teringin makan asam pedas. sekali lagi guna waze, tapi ntah kat mana perginya. so kami redah je lah!


Asam Pedas Daging Tetel
Maka berakhirlah 'unplanned gateway' kami! So, next time kena standby baju-bajan dalam bonet kereta kot-kotla si dia nak bawak g Pulau Redang ke...

=)





Comments

Popular Posts