Aidil Adha

Assalamualaikum semua...

hahaha, budget ramai sangat yang baca blog aku kan :p

ni nak cerita pasal Raya Aidil Adha ari tu, lupakan kisah-kisah yang tak terjangka tu. Meh sambut raya dengan gembiranya, 

Memang plan kami kali nak beraya kat umah Abah aku. Sebab kami berdua (aku & en suami) berniat nak menjalani ibadah korban kat umah abah. Kali ni Abah arrange 3 ekor lembu untuk di-korban-kan. Alhamdulillah, makin bertambah-tambah rezeki anak-beranak Haji Daud(atuk aku ler tu). Alhamdulillah.

Kali ni, hanya aku & adik-adik lelaki sahaja yang beraya kat umah abah. Adik perempuan & ABang sulung aku beraya kat umah mertua memasing. sedih ok. Tambahan keadaan aku dan en suami yang tak berapa sihat, membataskan kami untuk melakukan persediaan untuk menyambut raya. Sehari sebelum raya tu pun, kami tidur & baring je. Tak larat nak bangun.Mungkin masih terkejut dengan peristiwa yang berlaku malam sebelum tu.

Pagi tu Umi masak Nasi Arab, aku tak sempat pun nak tolong. nak ambil gambar, tapi lupe.
Memasing busy nak kena pergi sembahyang raya awal. Yerlah, Biasanya selepas sembahyang raya aktiviti korban akan di jalankan.


Salah satu design yang aku launching nanti bawah labe FEA Couture

Kami
Alkisahnya, semua orang kena paksa pakai baju kaler hitam. Yang lawaknya, en suami terpaksa cari balik baju lama2 dia. recycle sudah. tak tau zaman bila punya, seluar pun dah tak muat. Pakai dengan kain sarung dah! hahaha. at least ada jugak gambar keluargakan. :)

sesaja, Arysha dah stat nak pakai tudung, adiknya mengikut jugak. seronok mama tengok

Sementara tunggu yang lain balik sembahyang raya
Ini masa proses jual-beli dilakukan. sebenarnya gambar kat bawah ni, masa Abah aku tengah ajar cara2 untuk niat dsb. Masa tu Uda aku tengah stand -by , so apa lagi, posing jelah. risau kot korang ingat aku apa plak, sebab dah sesiap senyum bagai.

jual-beli dengan Abah

Turn en suami(dah tukar uniform dah)

uda's turn!

kesian en suami, terpaksa tolong jugak.

bercanda bawah pokok rambutan

as usual kami.

muda-mudakan makcik aku.

posing *amik berkat kat kereta baru che ngah. In Sha Allah.


Oh ye, sebenarnya masa raya hari tu birthday cousin aku yang cun tu. so mak dia iaitu Uda aku decide nak buat Majlis Potong Kek. seronok masa ni ramai-ramai. semua ada.
anyway, Happy Birthday Yaya! semoga menjadi anak yang membahagiakan kedua ibu-bapamu. In Sha Allah!

Happy Birthday Yaya




Comments

Popular Posts