Malang Tidak Berbau

Taktau nak stat dari mana sebenarnya cerita raya kali ni.

Kami bertolak balik kampung petang jumaat tu. Masing gembira sebab dah lama tak balik. Pukul 2.45ptg dah siap2 nak gerak, sebab nak kena singgah Ampang hantar order Congo Bars. Punya lah masa tu tension sebab MRR2 masa tu jem yang teramat. Alih2 terpaksa masuk DUKE. Sampai tol Gombak pun dah pukul 4lebih. Mula2 clear je jalan, tp lepas je Genting Sempah gitu, dah start jammed. Haiyoooo.. pening skejap. Jalan cam semut. Redha je lah. Nak sampai Bentong pun 2 jam. Kami Singgah sembahyang asar kat Masjid Ketari Bentong. Masa tu dah jam 6.45 ptg, lepas settle semua baru gerak. Sebab dah tengok kereta makin banyak. Risau pulak takut makin jammed.

Tetapi malang tak berbau kan? Lebih kurang jam 7.30mlm gitu, kereta kena langgar belakang oleh lori. Ya Allah, tak tau nak cakap macam mana perasaan masa tu. Dengan tangisan anak2 lagi.
Aku apa lagi, terus call Makcik2 aku yang kebetulan bertolak sekali. Keluar tengok kereta dah macam apa. Masa tu hanya terfikir tak boleh balik raya je. Nasib baik lori yang langgar tu baik jugak. Kereta aku abes belakang depan. Mujur kereta depan tu sikit je kena. Lagi bernasib baik dia sanggup nak tolong tumpangkan kita orang balik kampung.

Ya Allah, rasa dugaan sangat berat masa tu tambahan pulak keadaan Arysha yang habis berdarah mulut. Mungkin akibat terhentak kuat. Yang lagi aku kalut tetiba en suami tetiba rasa tak leh nak bergerak sangat. Polis yang sampai tempat situ terus je call ambulans. Ya Allah. Aku taktau cam ne masa tu. Dengan nak fikir keadaan anak & suami lagi, masa tu jugak nak kena fikir nak hantar kereta kat mana lagi. Aku sangat2 berterima kasih kat Atih, Alang, Che Ngah, Pak utih & Ngah. Sanggup membantu & menumpangkan kami semua.  Selesai hal kereta, terpaksa pergi buat report kat Balai Polis Raub lagi. Ya Allah terima kasih sebab permudahkan jalan kami. Selesai kat situ pergi Hospital Raub pula, nak tengok keadaan anak & suami. Masa tu memang tak dapat fikir apa2 lagi. Nasib baik semuanya ok je. Kalau tak silap pukul 11.30 mlm baru bertolak balik kampung.

Alhamdulillah.

Comments

  1. Saya ni kalau baca bab orang eksiden, mulalah bergenang airmata. baca part suami fiza kata takleh gerak sgt tu, aduhh takut rasanya kan, bila org yg disayangi cakap macam tu..dengan anak berdarah kat mulut kan...apapun alhamdulillah semuanya selamat.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah, nasib baik dieorg takda ape2.. tapi kesan dari tu my husband still ade fobia sket.
    anyway thanks awak!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts