Jom Vietnam!

hye korang

Sure rindukan ai kann? Lama benar tak meng-update kan. Malas sensangat plak sekrang ni, ada jugak plan nak Off-kan terus blog ni, Tapi sayang plak,

Oh yer, kali ni nak cerita Short-trip @ Day-trip ke Ho Chi Minh, Vietnam. Termasuk kali ni, dah dua kali kami ke HCM day-trip. Memanglah, sangat memenatkan, sebab rushing ke sana-sini. Rasanya kali ni agak rushing. 

Kami ambil penerbangan pertama (8.00pagi), sampai sana pukul 9pagi(Masa Vietnam lewat sejam dari Malaysia. Tak lama pun, perjalanan 2 jam rasa sekejap je. nak tidur pun tak lena. dalam kepala dah siap bersusun agenda ke mana nak tuju sejurus sampai sana. hihihihi... Kereta pun just park kat Parking Klia2, Seawal jam 5 pagi kami bertolak dari rumah.

Sampai je Airport, setel semua kami cepat-cepat pergi tempat menunggu bas mini. Jangan risau, bas sentiasa ada, kalau tak silap setiap 15min sekali. Tambang pun murah 5000dong = 80sen je, kalau naik teksi mencecah 150 000dong = lebih kurang RM24. Perjalanan mengambil masa -+30min, Ingat untuk ke Benh Thanh u ols kena berhenti kat last stesyen. Then lintas jalan dah nampak mercu kebangaan penduduk HCM itu.

Oh yer, kami terus menuju ke Money Charger yang terletak berhadapan Benh Thanh tu,jangan risau, tukar duit kat sana murah berbanding kat Malaysia. Kami just tukar untuk makan/minum & tambang je. 

Tanpa berlengah lagi, kami terus ke tempat yang kami nak pergi, jauh sikit dari Benh Thanh tu, perjalanan mengambil masa 1 jam 30min, Sampai-sampai sana terus kami di jamu dengan Kopi Ais yang sangat kaww.. pheww.. terubat rindu kat Kopi Vietnam! bergelas2 kami teguk. hahaha, diet dah ntah ke mana dah. Abaikan je lah kan, Tak sedar sampai berjam-jam kami kat sana, rasa x cukup pulak masa kami.

Lebih kurang pukul 3 gitu, terus ambil teksi untuk ke Kedai encik suami plak. kat situ sahaja dah sejam dah, ai dah cam hangin sket, almaklumlah perut dah berkeroncong-berdendang sayang dah.

Pukul 4.30ptg gitu sampai Benh Thanh terus cari kedai makan! nikmat sungguh. lepas selesai tu barulah menapak cari barang-barang yang orang kirim. Percaya tak, kali ni aku x shopping pun, hahah, dah boring kot! 

Sebelum bergerak ke Airport jam 6 petang, kami sempat singgah Hotel Saigon Pink untuk timbang & packing barang-hasil belian. Walaupun singkat, luggage sahaja dah cecah 50kilos. phewww...
Flight kami jam 8malam, lepak2 airport, sementara nak bertolak ke Malaysia.

Rasanya kali ni sangat letih & rushing.
Maybe jadual agak padat.
In Sha Allah, akan pergi lagi,

p/s : sapa2 nak tanya pasal hotel&fees&transport boleh la emel eh.


Comments

Popular Posts