Semoga dipermudahkanNya

As salam korang!

Hari ni, biasalah lepak2 rumah je. Tetapi lupa plak sebenarnya ada jemputan kenduri kahwin kat Kelana Jaya. So selepas Zohor, semua bersiap2 pergi kenduri. Makan2 sampai kenyang. Hahaha. Siap bergambar dgn kazen2 lagik.(normal thing kan?) 😘

Masa nak balik tu lah, en suami ajak pergi tengok rumah. Dah lama kot tidak jenguk rumah kami tu. Alhamdulillah. Dah 98% kot. Paling awal dapat kunci bulan 1, 2015. Tetapi x pasti lagi kan. Biasanya banyak prosedur or something kan. So tunggu je lah. X da lah rushing sangat pun sebenarnya nak pindah. Plan-nya nak renovate bahagian belakang tu. Tetapi bergantung keadaan kewangan semasa jugak. Hehehe. Tetapi doaku semoga semuanya dipermudahkanNya.

Biasalah. Nak masuk rumah baru, pelbagai benda nak. Nak kitchen kabinet lah, perabot lah & macam2lah. Lagi2 kita yang perempuan ni. Hehehe

Tadi masa pergi tengok rumah pun, kami dapat masuk rumah kami. rezeki . Excited punyalah. Haha.

Oklah. Tiada gambar pun, melainkan sempat posing kat dining area. In sha Allah kalau ada rezeki, kawasan ni nak kena reno. Doa2kanlah.

Comments

Popular Posts