Terabai

Ya Allah,

Lamanya blog kesayanganku ini terabai, busy sangat-sangat sampai tak sempat nak jenguk langsung ke sini. Walhal banyak je perkara-perkara yang best, tragis, happening sepanjang ai tak ber-blogging ni.

Kesimpulannya,

Yang Paling Best skali, aku pregnant lagi. Rezeki awal tahun. bersyukur sangat-sangat. Sebenarnya ini kandungan yang ke-4, tetapi baby yang ke2 aku miscarrige. :(
Takpelah yang penting semuanya ok kali ni. Oh ya, pregnancy kali agak mencabar. tambahan si Kakak dah masuk darjah 1, awal-awal pagi dah kena keluar, sebab Kakak sekoalh masuk sebelum 7.20pagi. Dengan  'Morning Sickness' yang agak teruk kali ini. Memasak langsung tak kali ini. haru kan. Balik-balik je sesiap makan kat kedai. sampai-sampai rumah dah malam.

Yang Paling Menyedihkan ialah pada hujung tahun 2014

Banjir Besar melanda negeriku iaitu Kelantan. yang mana 90% daripada penduduk Kelantan mengalami banjir. Memang sangat-sangat menyedihkan. Rumah Abah, alhamdulillah tak kena. Sebab banjir kali ini ialah banjir sungai, Air terlalu banyak. nak kata hujan lebat sangat aku tak pasti plak. 
Adik aku yang dok Kuala Krai tu abes kena, rumah dia 2 tingkat tenggelam. Tinggal bumbung je. dahlah kami terputus hubungan 3hr, hari ke3 tu aku dapat sms dari dia cakap tiada makanan, terus aku beli tiket flight untuk balik jumpa dengan dia. aku risau sesangat masa tu. Tambahan makcik aku yang balik bercuti di kampung pun kena juga. Kereta tenggelam, lari berteduh di atas bukit. Ya Allah, sedih betul mengenangkan peristiwa banjir tu.


Oklah, tak mau sedih2, Tahun Baru, kenalah azam baru, kehidupan baru cuma orang je sama. :)

tata titi tutu



Comments

Popular Posts