suka&duka

Sedar tak sedar dah bulan Jun, kejabnya masa berlalu.
Yang pasti pelbagai perkara yang berlaku..
Ada Suka
Ada Duka

Dan, semalam aku bertambah lagi usia. Selamat Ulangtahun kepada diri sendiri. hehe. hope tahun ni memberi kerahmatan dan keberkatan dalam keluarga aku. In Sha Allah. 
Plak tu, In sha Allah 31/8/2015 ni aku di jangka bersalin anak ke3, harapan aku semoga semuanya dipermudahkanNya. Alhamdulillah, mengandung kali ini tidak seteruk mengandung tahun 2009 dulu. yang mana keluar-masuk hospital. Mungkin kali ini aku kuat sikit alahan disebabkan faktor usia yang dan 30an. Bermula taunya aku ni disahkan mengandung terus mengalami muntah-muntah dan pening-pening. masuk kandungan ke-6bulan barulah semua ok. Alhamdulillah. selera pun makin ok dari 1st-trimester dulu. Cuma ada certain makanan yang aku tak leh sentuh langsung. Terutamanya makanan yang aku suka sangat-sangat makan sebelum mengandung. Takpelah, asalkan baby Mama cukup khasiat. 

Sedar tak sedar jugak, rumah yang kami beli pada tahun 2013 kalau tak silap aku bulan Jun, dah selamat ambil kunci pada April 2015, Kini semua dah selesai termasuklah pasang grill, wiring, etc. Cuma kini In Sha Allah, lagi seminggu nak pindah barang-barang dari rumah baru, kami bercadang nak berpuasa kat sana. Semoga dipermudahkan semuanya jugak, Nak kemas barang-barang pun x berapa larat. AKu ni kalau mengandung memang tak boleh lasak-lasak, Masak pun tak pernah lagi since mengandung.. errrr....
Perabut kami dah masuk sikit2, so nanti banyak barang-barang kat rumah lama akan kami tinggal or buang je. al-maklumlah dah 8 tahun dok sana, banyak yang dah takleh pakai. hihi. 
Cuma sekrang dalam proses nak renovation sikit rumah. Cadangnya nak sambung dapur. Samada lepas raya atau macam mana. 

Ternyata bulan April 2015 ni banyak perkara suka & duka dalam hidup aku. Yang paling meninggalkan kesan sekali ialah pemergian Atuk aku pada 8 April 2015. Ingat lagi, masa tu 8 April, aku baru sahaja balik berkursus di Sepang selama 3hari (6-8 April 2015), memang sah-sahlah sampai rumah aku tidur je, dah pesan kat husband lepas je Isyak nak tidur sebab masa kat kursus 2 malam aku tak boleh tidur. So, husband pun sama penat 3hari menguruskan anak-anak. Sampaikan aku OFF-kan hp manakala suami plak silent hp. sedar-sedar pukul 1pagi ada orang ketuk rumah aku. rupa-rupanya sepupu aku datang nak bagitau Atuk aku meninggal, masa tu baru buka hp tengok banyak misscall & mesej serta WA. Rupanya pukul 10malam lagi makcik-makcik aku dah bagitau Atuk aku dah sakit. Ya Allah, So apa lagi kami bersiap-siap terus dan pulang ke kampung segera.
Alhamdulillah, sempat sampai dan bacakan Yassin untuk arwah dan mengiringi arwah semasa pengebumian. 
Al-fatihah, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Oklah, dah kena sambung buat kerja-kerja hakiki. In Sha Allah aku update lagi.
N3 kali ni malas nak letak gambar, hihihi..

Comments

Popular Posts